Shazalli Ramly |
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) telah berjaya merangkul dua anugerah emas iaitu Pusat Hubungan Terbaik dan Meja Bantuan Terbaik di Peringkat Akhir Majlis Anugerah Pusat Hubungan Dunia yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Dalam majlis yang diadakan baru-baru ini, Celcom yang mewakili rantau Asia Pasifik turut menerima anugerah perak Pusat Hubungan Sokongan Profesional Terbaik dalam majlis yang dianggap sebagai mempunyai taraf seperti Sukan Olimpik kepada para penyedia pusat hubungan di dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sepanjang tahun ini.
"Kami berbangga kerana menjadi syarikat pertama di Malaysia menerima anugerah emas tersebut dan ini akan memberi motivasi yang tinggi kepada Celcom untuk terus menyediakan perkhidmatan pelanggan terbaik," katanya dalam kenyataannya di sini.
Beliau berkata, anugerah kali ini disertai lebih 120 pengendali pusat perhubungan dan mereka yang pakar dalam industri tersebut dari seluruh dunia.
Antara yang turut bersaing merebut anugerah tersebut adalah China Mobile dari China, Japan's NTT-ME dan Softbank BB Corporation (Jepun), Qatar Telecom (Qatar), Portugal's Teleperformance (Portugal), Global Bilgi dan Yapi Kredi Bank (Turki), Canada's Accenture dan Virgin Mobile, New York Life serta Whirlpool Corporation (Amerika Syarikat).
No comments:
Post a Comment