Dec 14, 2010

DiGi, Giant, Celcom pengiklan terbesar Januari










DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi gergasi, mendahului senarai membabitkan perbelanjaan pengiklanan sepanjang Januari tahun ini dengan jumlah RM8 juta, menurut laporan The Nielsen Company.

Rangkaian pasar raya besar Giant menduduki senarai kedua dengan perbelanjaan sebanyak RM6.5 juta diikuti rapat Celcom Axiata Berhad (Celcom) pada tangga ketiga (RM6 juta).

Termasuk dalam senarai 10 syarikat teratas membabitkan perbelanjaan pengiklanan paling banyak ialah Panasonic, Brand's, Kementerian Kesihatan, Malayan Banking Berhad (Maybank), Kementerian Penerangan, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan KFC Holdings (Malaysia) Berhad (KFCH).

Secara keseluruhannya, industri akhbar masih mengungguli senarai teratas membabitkan perbelanjaan iklan bagi tempoh berkenaan dengan pegangan 52.9 peratus, diikuti televisyen (35.7 peratus) dan radio (5.6 peratus).



No comments:

Post a Comment